Dare to dream

“ allahuakbar “
“allahuakbar ”
“ allahuakbar “
Takbir kedengaran menandakan tamatnya sebuah peperangan.Setelah beberapa tahun peperangan berlaku dan akhirnya berpihak kepada umat islam.Peperangan yang berbentuk – bentuk. Makanan , hiburan, fesyen, senjata dan berbagai lagi.
Mai termenung sebentar bagi menunggu masuknya waktu solat asar selepas mengisi makanan roh yang menjadi salah satu aspek terpenting bagi seorang muslim untuk berjaya dengan membaca kitab suci al – qur’an. Dia mengimbas kembali perkara yang sudah berlalu yang menjadi kenangannya yang takkan dia lupa selamanya.
“ Teruskanlah perjuangan dan jangan sesekali enta futur kerana perjuangan ini masih panjang lagi “, pesan Rais.
“ Bila enta ada impian, maka usahalah untuk capai impian tersebut dan lindungilah ia ”,kata Imran padanya ketika dia masih ada.
“ Pemuda adalah tunjang kepada segala perubahan dan semuanya telah dibuktikan oleh orang yang terdahulu seperti Usamah Zaid.Setiap revolusi di dunia ini juga adalah daripada pemuda “, pesan seorang abang ketika Mai masih sekolah.
‘ Rais , Imran, Fahmi, Firdaus, semuanya telah berkorban demiku.Mereka juga telah dapat apa yang mereka impikan.Tapi, aku?’, bisik hatinya.
Selepas solat asar yang diimamkan oleh Khalifah Umar yang ketiga, Khalifah mengarahkan kepada semua umat islam untuk berkumpul didalam masjid.
“ Pada hari ini,ana akan memberikan anugerah kepada pemuda – pemuda yang telah menjadi tunjang pada kemenangan kita ”,ucap khalifah.
‘ Aku semestinya tak layak untuk menerima anugerah seperti ini. Berapa sangatlah yang aku korbankan. Aku rasa orang berkorban untuk aku lagi banyak ’, bisik hati Mai.
“ ...Yang pertama, Muhammad Afief...”
“ Allahukbar”,takbir bergema.
“...Yang kedua, Naim Al – faruq....”
“....Yang ketiga, Umar As – siddiq...”
‘ Beruntung sungguh orang yang menerima anugerah. Mesti besar pengorbanan mereka’, fikir Mai.
“....Yang terakhir, M.A.I Al- amin....”
Mai tidak percaya yang dia mendapat anugerah daripada hamba yang Esa walaupun sebenarnya dia lebih mengharapkan daripada pencipta hamba tersebut. Dia terasa matanya berair,mengalir ke pipi lalu jatuh ke atas karpet yang masih berhabuk. Ketika berjalan, dia hanya mengucapkan kalimah syukur dan berdoa’ agar tidak bongkak kepada – Nya. Dia berjalan tenang menuju ke khalifah dan mengambil anugerah yang diberikan. Ketika itu, dia tidak tahu untuk mengatakan apa – apa melainkan ucapan syukur kepada Allah.
Selepas solat isya’, dia bertafakur sebentar dan muhasabah apa yang sudah berlaku. Dia merasakan ada orang yang lebih layak darinya. Apabila dia mengenang kembali peristiwa pada petang tadi, dia terkenangkan peristiwa yang berlaku sewaktu dia masih di bangku persekolahan.
Angin sejuk dari penghawa dingin menurunkan suhu lantas menyejukkan badan yang panas dan agak berpeluh setelah berjalan agak jauh. Lalu, Mai mengambil tempat duduk yang telah disediakan. Bentuk kerusi yang disusun berbentuk bulat. Selepas beberapa minit mendengar ucapan dan pesanan daripada seorang abang, abang tersebut meminta semua ahli kumpulan untuk berdiri dan mengatakan apakah impian setiap orang.
“ Impian ana, ana nak jadi khalifah suatu hari nanti “
“ ana mengimpikan sebuah ustaziatul alam suatu hari nanti “
Semua mengatakan impian masing – masing dengan lancar. Mai memerah otak untuk menyusun perkataan supaya semua orang yang hadir memahami apa yang selama ini dia impikan.
“ Impian ana, ana nak melihat sebuah daulah islamiyah dan ana adalah salah satu penyebabnya “, Mai meluahkan dengan sepenuh hati.
Mai merasakan impiannya kini sudah menjadi kenyataan. Cuma tinggal satu sahaja lagi impiannya, iaitu Syurga dan redha allah.
..........
......
.............
Impikanlah! Dan susulilah ia dengan usaha yang tidak kenal erti penat lelah. Nescaya ianya akan menjadi nyata.
‘ sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum tersebut yang mengubahnya sendiri ‘
‘ siapa nak berjaya, perlukan latihan ‘
- Motivater -

peace to all

peace to all

.: advice 4 all :.

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
............