Aku termenung sendirian seketika, memikirkan betapa telitinya kejadian alam. Daripada zarah kepada sel, daripada sel ke organ dan sehinggalah menjadi sesuatu benda yang nampak macam simple tapi sebenarnya teliti. Aku mengimbau kembali ketika aku masih di sekolah menengah, ketika aku mengikuti program Islamic World Fair. Di sini aku ingin mencoret sepotong kisah yang telah berlalu.
Ketika VOC menjajah Indonesia…..
Seorang perempuan yang sedang menyidai kain didatangi oleh beberapa askar penjajah. Lalu, askar itu pun bertanya “ adakah lelaki di dalam rumah kau?”. Perempuan itu menjawab “ tidak ada, mereka semua sedang berjihad didalam hutan ”. askar tersebut tidak percaya akan kata – kata peerempuan itu. Maka dia pun ke dalam rumah itu untuk mencari lelaki. Di dalam rumah tersebut askar tadi menjumpai lelaki yang sedang menyorok di bawah katil. Lau askar tersebut mengheret lelaki tersebut ke hadapan perempuan itu lalu bertanya “kau kata tadi tiada lelaki di dalam rumah kamu. Kau mahu mempermainkan aku ya”. “ sudah aku katakan tadi yang semua lelaki telah pergi berjihad di dalam hutan. Maka yang tinggal bukanlah lelaki bagiku ,” balas perempuan tadi.
Aku berkata kepada diriku, jikalau semua wanita bersikap begini nescaya indahlah dunia ini. Kerana pernah ku dengari bahawa ‘ sesungguhnya bahawa wanita solehah itu adalah sebaik – baik perhiasan dunia.
Kisah kedua yang menyebabkan aku berfikir panjang adalah kisah yang aku baca daripada buku yang bertajuk ‘ jejak risalah di nusantara iv ‘ hasil nukilan Dr. Hafizi. Aku membaca buku itu ketika aku di tingkatan 3.
Kisahnya berlaku ketika jepun memerintah indonesia. Semuanya berlaku ketika suatu perjumpaan di antara pejuang – pejuang indonesia dan pembesar – pembesarJepun. Ketika perjumpaan itu, suatu adat Jepun dilakukan iaitu menundukkan kepala sebanyak 45 darjah. Tetapi, seorang daripada pejuang – pejuang indonesia tadi berkata “ kita tidak boleh tunduk lebih dari ruku’. Keran kita hanya ruku’ kepada kepada allah “. Sahabatnya yang lain merasakan beliau akan dipenggal kepalanya. Tetapi beliau tidak dikenakan apa –apa.
Aku terfikir tentang sejarah pernah aku pelajari di sekolah. Betapa kejamnya Jepun ketika memerintah tanah melayu dan betapa beraninya pejuang indonesia tadi untuk menegakkan keadilan walaupun dia tahu yang kemungkinan besar dia akan di pancung pada waktu itu juga. Tapi bagaimana pula dengan kita semua. Dengan solat yang perlu disuruh lebih 3 kali dan semua kemalasan tahap maksima. Apa nak jadi dengan kita?
Angin pada petang itu membawa segala kekusutan dan keresahan pergi, datang sesekali menziarahi aku yang masih berfikir di bawah pokok itu. Dedaunan hijau yang berguguran menandakan musim luruh kian menjelma menggantikan musim bunga yang berwarna – warni dengan kenangan ukhuwwah yang terindah bersama teman seperjuangan ku yang lain. Cahaya mentari yang kian malap di gigi – gigi langit. Orang ramai berjalan menuju ke destinasi masing – masing . aku melambaikan tangan kepada teman ku yang kian hampir. Lalu aku bangun lalu berjalan bersama temanku menyusuri jalan – jalan yang sesak di kota yang terkenal dengan EPL. Aku akan tetap berjuang dia mana aku berada. Semuanya demi mardhotillah dan daulah islamiyah yang pasti bangkit pada suatu hari nanti.
dicoret oleh
eve
Saturday, April 4, 2009
Labels: kisah
0 komen:
Post a Comment