someday.....

‘hira’ bukan segalanya tetapi di mana segalanya bermula….’.Kata – kata itu terimbas di lubuk fikiran Mai setelah tujuh tahun dia meninggalkan institusi itu demi meneruskan pejuangannya.Kata – kata itu telah di ungkapkan oleh seorang abang yang pernah memberi kuliah ketika masih di dalam kecetekan ilmu.Dia ingat lagi ketika itu pada hari Khamis yang di mana orang atasan mewajibkan berpuasa pada hari tersebut.
Tiba – tiba nada dering ‘islam hual hal’ kedengaran menandakn terdapat panggilan masuk.Mai mengeluarkan handphonenya yang berjenama Sony Ericson lalu menekan butang yang berwarna hijau untuk menyambut panggilan yang masuk.Kedengaran suara yang amat ganjil baginya.Setelah bertukar salam , dia memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad dari institusi yang baru sahaja aku terkenang tadi dan memberitahu tujuan sebenar dia menelefon , iaitu untuk menjemput Mai sebagai penceramah pada hujung minggu ini.Setelah lama berbual , dia terfikir sekali lagi tentang institusi yang lama di tinggalkan olehnya kerana menyambung pelajaran di Mesir.Dia ingat lagi bahawa dia juga pernah melakukan kerja yang sama seperti Ahmad tadi.’Betapa susahnya untuk mendapat seorang penceramah.Hmmm,baik aku pergi.Dah lama aku tak pergi ke tempat tu,’bisiknya.
Bayu lembut menampar pipinya menerusi cermin keretanya.Angin sepoi – sepoi bahasa pada waktu itu tenang seperti hatinya ‘bak air di dalam kolam’ kata guru Bahasa Melayunya dulu.Daun melayang lembut di tiup angin subuh yang menyegarkan jua yang melenakan.Pagar kolej itu di buka untuk memberi laluan kepada kereta Honda Civic yang di pandunya.Mai melihat banyak perubahan yang terdapat di institusi itu.Dulu di panggil Sekolah Menengah Islam Hira’,sekarang di panggil Kolej Islam Hira’ Antarabangsa.Dia ingat ketika kolej itu dipanggil sekolah menengah, bangunan yang ada hanya berapa sahaja dan tidak banyak seperti sekarang.Sekarang banyak bangunan yang ada dan kebanyakannya adalah yang baru.Kemudahan juga sudah bertambah seperti ATM, kedai makan dan banyak lagi.
Ketika dalam perjalanan menuju ke masjid yang di sebutkan, dia terpandang sebuah pondok berdekatan dengan sebuah kedai makan.Ketika itu lagu ‘ Pot The Elegance ‘ kedengaran. “ Hari ini kita akan taaruf dahulu, kerana kalau tak kenal maka ta…….” “ Tak cinta ,“ celah Mai dan sahabat – sahabatnya. “ …..Taaruflah. Sekarang abang akan memperkenalkan diri abang , kemudian semua perlu memperkenalkan diri sendiri. Beritahu nama , alamat dan apa – apa yang patut. Ok, nama abang Muhammad Zain B. Abdullah, panggil abang Zain je. Abang akan menjadi naqib untuk antum semua,” ucap abang Zain. “ Naqib tu apa, abang Zain?” tanya Azmin. “ Naqib tu ialah orang yang akan bertanggungjawab terhadap segala masalah anak buahnya. Seperti ayah yang bertanggung jawab terhadap anak – anaknya,” balas abang Zain. Mai tersentak dari lamunannya yang mengingatkan dia tentang hari pertama dia mengikuti salah satu wasilah dan yang paling penting di dalam sebuah sistem tarbiyah. Sistem ini juga yang telah menjadikan dia seorang yang mempunyai nilai bukan seperti remaja – remaja yang hanya menjadi bahan tambahan di bumi.
Ketika di hadapan bangunan fakulti kejuruteraan, dia terkenang ketika dia di tingkatan dua. Ketika itu bangunan yang berada di hadapannya hanya satu tingkat sahaja. “ Hari ini kita akan belajar Bahasa Melayu. Semua boleh buka buku teks mukasurat seratus lima. Kita akan belajar tajuk ‘ Merdeka ‘,” kata Muallimah Maysarah. “ Muallimah, ana nak tanya sikit boleh tak?” tanya Safra’. “ Boleh,” balas muallimah. “ Kenapa Malaysia dah merdeka tapi kenapa masih ada permusuhan. Kenapa rakyatnya macam tak bebas lagi? Semua nak ikut barat, pakaian, makanan, hiburan. Pendek cerita, semuanya ikut arahan dan telunjuk barat.Macam tak merdeka langsung,”. “ Itu semua sebab barat sekarang sebenarnya masih menjajah. Mereka semua tidak lagi menggunakan ketenteraan, tapi pemikiran. Mereka tidak lagi menembak badan, tapi mereka menembak pemikiran kita,” balas muallimah. Di kelas sahaja bukan sahaja akedemik yang dapat, malah lebih. Kalau di padang bola sepak, semuanya yang baik – baik sahaja. “ Pass sini , pass sini ,” Tapi kalau di luar. “ Woi b*** pass sini. Woi b****, pass la betul-betul! “. Hingga kadangkala sehingga berlawan mencarut – siapa mencarut paling banyak,dia menang.
Apabila sampai di sebuah simpang, dia membelok ke kanan. Kini di hadapan dia adalah sebuah masjid yang cantik dari semua sudut. Kalau dulu, masjid itu hanyalah sebuah musolla yang terbuka dan tidak mempunyai tingkap dan pintu. Yang ada hanyalah pintu besi karat yang sudah uzur. Dia di sambut oleh Ahmad dan kawan – kawan Ahmad yang dia tidak kenal tapi mereka mengenali Mai. “ Assalamuaikum, Ahmad. Ana minta maaf banyak – banyak kerana terlewat ,”kata Mai. “ Waalaikumsalam. Tak mengapa, yang penting abang selamat sampai ke sini. Ini kawan ana Abid, Azmi dan Falah. Mereka semua satu tingkatan dengan ana. Jom masuk masjid. Semua dah tak sabar tunggu abang tadi,” balas Ahmad sambil memperkenalkan sahabat – sahabatnya. Mai melangkah memasuki masjid itu sambil di iringi oleh Ahmad dan sahabatnya – sahabatnya. “ Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan Al – Fatihah. Di jemput kepada semua orang untuk bangun menasyidkan asmaulhusna supaya majlis pada hari ini lebih di berkati,” Semua pelajar bangun lalu menasyidkan asmaulhusna dengan penuh semangat. “ Hari ini kita ada penceramah yang datang jauh. Diharap semua boleh mengambil setiap kata – katanya yang mungkin selepas ini kita tidak akan menjumpainya lagi,” Mai terkenang masa silamnya yang tak mungkin dia lupakan kerana dia rasa pengalaman itu tidak akan datang sekali lagi. Kalau dulu dia yang menerima, tapi hari ini dia adalah yang memberi. Hari ini dia akan mengerti bagaimana perasaan seorang yang memberi.
Setelah majlis di tutup dengan tasbih kifarah dan surah Al – asr dan berborak dengan pendengar ceramahnya, dia terus menaiki keretanya lalu menuju ke kedai makan yang berhampiran dengan sebuah pondok. Dia memesan Nasi Goreng Pattaya dan segelas air sirap limau. Dia makan di pondok yang berhampiran sambil menikmati permandangan yang indah sambil memuji kebesaranNYA. Apabila dia melihat disekelilingnya, semua benda membuat dia terkenang memori indah ketika dia berada di situ. Sedih, gembira, masam, semua perasaan hadir di hatinya ketika itu. Tiba- tiba air matanya mengalir dengan tidak sengaja apabila dia mengenangkan segalanya.
Ya allah, ampunkanlah dosaku ini.Ya allah, maafkanlah diri yang lemah ini kerana hari ini aku menangis bukan keranaMu.Ya allah peliharalah tempat ini . Ya allah jadikanlah tempat ini, tempat yang melahirkan rijal – rijal yang berhati singa seperti Abu Bakar, Abu Ubaidah,Umar Al- Khattab dan sahabat – sahabat yang lain. Ya allah, jadikanlah tempat ini, tempat lahirnya generasi yang akan menolong agamaMu.
Ya allah.....
Perkenankanlah....
...................................

peace to all

peace to all

.: advice 4 all :.

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
............