4 wat we liv?.....

ucapan sejahtera kulontarkan kepada semua yang masih setia dgn blod ni walaupun dh lama x update.....

entri kali ni ana cume nak kita ingat kembali ' why we live ???? '

kalau didalam alquran allah ada menyebutkan 2 tujuan..
satu untuk beribadah
dan satu lagi jadi khalifah, betul ?
tapi cuba kita fikir sebentar, apa kaitan 2 benda tu?

okey cuba pembaca bygkan ada satu bulatan
dan orang yg dlm bulatan itu adalah yg beribadah kpd allah
tibe2...
ada orang kluar dr bulatan tu
jd, tugas khalifah adalah membawa orang yg kluar tadi msk kembali ke dalam bulatan td
ataupun dgn nama lain ' berda'wah '
ramai orang skrg menganggap khalifah adalah mengurus bumi ni...
sperti, jdkan bumi aman, pastikan bumi bersih dll
jd disini ana ingin menerangkan bhw tugas khalifah adalah
da'wah
dan ana nk membetulkan persepsi sestengah org menganggap ibadah hanya
duduk dlm masjid dan sebagainya...
ibadah itu sbnrnya ialah semua perbuatan yg ikhlas dan ikut syariat
jd x semestinya x ddk dlm masjid x b'ibadah.....


dan disini ana ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiadha
kepada semua pembaca
walaupun entri kali ni bkn tntg raya

pening..pening...pening

Salam kedamaian kuhulur kepada semua pembaca blog ini...
jgn lupe utk balasnya..

kali ni ana nak bawa antum semua belajar fizik, walaupun ana x belajar lg.
pernah x antum semua t'fikir satu benda tntg pancaindera kita.
cuba antum inngat balik apa yg kita belajar waktu form2, tajuk pertama Sensor in Human Body. kalau kita perhati betul2 semua sensor kita last skali akan menghasilkan nerve ataupun elektrik dan dihantar ke otak.

jadi sebenarnya yang kita lihat ialah elektrik....
yg kita sentuh ialah elektrik...
yg kita rasa ialah elektrik....


jadi kita ni sebenarnya apa???????
elektrik?????
matrix?????


sebenarnya, ana x lah mantap sgt tp ana sdy upaya terang kpd pembaca blog ini....
utk pengetahuan semua, sebenarnya yg mendgr, yg melihat, yg merasa bukanlah jasad tp ROH.
ok, ramai org ckp ' enta letak otak kat mana?'
perkataan ni selalu disebut apabila hendak merendahkan orang lain. tapi sebenarnya ayat tu salah kerana cuba kita belah otak x de apa pun ada dlm tu tp yg menyebabkn kita b'fikir ialah AKAL.

ana akan cuba trgkn benda ni dgn lbh jelas dalam post akan datang...
ataupun ana syorkan antum baca buku harun yahya. rasanya dlm semua buku dia ada benda ni dlm tajuk hujung - hujung....

wallhua'lam

AidilMR...

salam kedamaian diucap kpd semua pembaca blog ini. Semoga sihat2 selalu.


Mesti ramai tertanya apa benda ' aidilMR ' tu. benda tu gabungan di antara perkataan aidilfitri dgn PmR. Fuhhh,pmr semakin hampir, tapi persiapan dh ckp ke blm, itu diri sendiri je tahu.


Nak dicerita kali ini ialah tntg kisah seorg yg pergi open house. Pastu bile nak balik tu seorg kwn dia try bawa kereta manual. tapi sblm ni dia biasa bawa auto je. Nak diceritakan, disebabkn first time bawa,mk kereta tersebut pun nk melompat mcm katak. Waktu tu, mmg x leh kata la punye gelabah driver tu. Bila driver dh gelabah mesti la penumpang lg gelabah. Mk, berjerit2lah penumpang dlm kereta kelisa tersebut.

' Haaaaaaaaaaaaaaaaaa'

' wei, aku blm kahwin lg '

' aku blm ambil PMR lg woiiiiii'

.....................
...............
......

tapi yg penting bukanlah cerita tu tapi apa yg kita dpt drpd sesuatu. Tiba2 penulis terfikir kalau camni nk gi ujian memandu, harapanlah nk lulus. Semoga kita dpt sesuatu drpd raya kita dan jgn sesekali kita tgglkan amal yg kita buat wkt ramadhan. Semoga terus beristiqamah



.: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :.

just want to share something....

Entri kali ni, ana cuma nak kongsi lirik lagu dr sami yusuf...



Some might say this world today shows

God's left us to our mistakes oh
He has never been so far away
Some might say
How could any father stand
To see his children across so many lands
Suffer so and give no helping hand
No helping hand

And somewhere tonight
Far away and out of sight
There's a child that's too weak to cry
Look deep in those eyes
Can't you see him in disguise?
Reaching out to the heart that's in you and I

In every tear
That is where
He is there

He's the hand that wipes that brow
He's the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
'We need you now'
What a simple choice to make
Between what you give and what you take
When what you give
Such precious life precious life would save
Life would save

And somewhere inside
There's a part of you asks why
Would he leave so many so far behind
Look deep in those eyes
Can't you see him in disguise
Reaching out to the heart that's in you and I

In every tear
That is where
He is there

Look again don't hide your eyes
He is there in disguise
Reaching out to you and I
He is there in every tear
Not far away he's right here
Oh how could he be more near

Lagu ni mengingatkn kita bahawa allah bersama kita x kira kt mna.

Kenapa???

Adalah satu masa, ketika panas mentari sedang memanasi bumi. Selepas masakan ayam kegemaran menjadi hidangan. Selepas kertas periksa dijawab dengan sukarela.

Aku terfikir kenapa…..???

Jadi hendak diceritakan, aku pun bertanya kepada seorang motivater.

“Abang, kenapa ilmuwan pada masa dulu boleh mengusai pelbagai bidang dalam satu masa, tapi sekarang semua hanya menguasai satu budang je?”

“Bagi pendapat abang ilmuwan dulu mengusai banyak bidang kerana apabila mereka belajar, mereka akan mengkaitkan dengan tauhid/aqidah mereka. Maka apabila mereka belajar contohnya seperti ilmu sains, mereka bukan sahaja akan menambah ilmu bahkan menambah iman. Ataupun dengan kata lain mereka belajar dalam kaedah ‘all in 1’. Apabila mereka belajar geografi mesti ada yang berkait dengan sains apabila belajar sains, ada pula matematik di dalamnya. Jadi secara kesimpulannya mereka semua belajar tentang satu benda je iaitu aqidah “

Fuhhh…akhirnya terjawab juga. Tapi aku tetap tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Maka pada suatu hari selepas berpenat lelah menjawab kertas periksa, aku bertanya kembali soalan yang sama tetapi ditujukan kepada orang yang berlainan.

Jawapannya begini…

“ Yang pertama, anta kena ingat yang sebenarnya ilmu itu milik allah maka allah berhak memberikannya kepada sesiapa yang dia rasa berhak. Firman allah ‘ bertakwalah kepada allah dan allah akan mengajar kamu ‘.

Kedua, cuba anta fikir orang dulu mesti takwa mereka lebih tinggi daripada kita, jadi tak mustahillah allah akan mengurniakan ilmu kepada mereka. Rasul pun pernah bersabda bahawa pada akhir zaman ilmuwan – ilmuwan akan berkurang.

Ketiga, pada zaman kini situasi sudah terbalik. Kalaulah dulu, pelajar yang akan mencari guru mereka hatta sehingga terpaksa merentas beratus kilometer semata – mata hendak belajar sebuah hadis daripada seorang ulama. Tapi pada hari ini jika tidak ada sistem pembelajaran, kemungkinan besar remaja hanya akan duduk melepak, bergelak ketawa, menyanyi entah diri yang menyanyi pun tak tahu apa yang dinyanyikan (sebab penulis lirik orang lain ) dan banyak lagi.

Keempat, cuba anta tengok makanan kita. Berbagai campuran diletakkan dengan pewarnanya, dengan gula yang berlebihannya. Maka biologi dalam tubuh badan kita mungkin berubah dan mungkin memberi kesan kepada otak kita. Kalau orang dulu ataupun orang arab, makanan mereka lebih kepada yang neutral saperti buah kurma, tin dan zaitun.

Selepas itu aku pun berterima kasih kepada dia.

Wahhh, bagiku jawapan sebentar tadi amat memuaskan hati aku.

Jadi bagi mereka yang mencintakan ilmu, carilah sebanyak – banyaknya kerana ilmu itu adalah milik kita ( islam ) dan ingatalah bahawa pahala orang yang menuntut ilmu ikhlas kerana allah sama pahalanya seperti orang berjihad.

" jadilah kamu orang yang berilmu

ataupun orang yang menuntut ilmu

ataupun orang yang mendengar ilmu

ataupun orang yang menyintai ilmu

tetapi janganlah kamu jadi orang yang kelima "


Aku termenung sendirian seketika, memikirkan betapa telitinya kejadian alam. Daripada zarah kepada sel, daripada sel ke organ dan sehinggalah menjadi sesuatu benda yang nampak macam simple tapi sebenarnya teliti. Aku mengimbau kembali ketika aku masih di sekolah menengah, ketika aku mengikuti program Islamic World Fair. Di sini aku ingin mencoret sepotong kisah yang telah berlalu.
Ketika VOC menjajah Indonesia…..
Seorang perempuan yang sedang menyidai kain didatangi oleh beberapa askar penjajah. Lalu, askar itu pun bertanya “ adakah lelaki di dalam rumah kau?”. Perempuan itu menjawab “ tidak ada, mereka semua sedang berjihad didalam hutan ”. askar tersebut tidak percaya akan kata – kata peerempuan itu. Maka dia pun ke dalam rumah itu untuk mencari lelaki. Di dalam rumah tersebut askar tadi menjumpai lelaki yang sedang menyorok di bawah katil. Lau askar tersebut mengheret lelaki tersebut ke hadapan perempuan itu lalu bertanya “kau kata tadi tiada lelaki di dalam rumah kamu. Kau mahu mempermainkan aku ya”. “ sudah aku katakan tadi yang semua lelaki telah pergi berjihad di dalam hutan. Maka yang tinggal bukanlah lelaki bagiku ,” balas perempuan tadi.
Aku berkata kepada diriku, jikalau semua wanita bersikap begini nescaya indahlah dunia ini. Kerana pernah ku dengari bahawa ‘ sesungguhnya bahawa wanita solehah itu adalah sebaik – baik perhiasan dunia.
Kisah kedua yang menyebabkan aku berfikir panjang adalah kisah yang aku baca daripada buku yang bertajuk ‘ jejak risalah di nusantara iv ‘ hasil nukilan Dr. Hafizi. Aku membaca buku itu ketika aku di tingkatan 3.
Kisahnya berlaku ketika jepun memerintah indonesia. Semuanya berlaku ketika suatu perjumpaan di antara pejuang – pejuang indonesia dan pembesar – pembesarJepun. Ketika perjumpaan itu, suatu adat Jepun dilakukan iaitu menundukkan kepala sebanyak 45 darjah. Tetapi, seorang daripada pejuang – pejuang indonesia tadi berkata “ kita tidak boleh tunduk lebih dari ruku’. Keran kita hanya ruku’ kepada kepada allah “. Sahabatnya yang lain merasakan beliau akan dipenggal kepalanya. Tetapi beliau tidak dikenakan apa –apa.
Aku terfikir tentang sejarah pernah aku pelajari di sekolah. Betapa kejamnya Jepun ketika memerintah tanah melayu dan betapa beraninya pejuang indonesia tadi untuk menegakkan keadilan walaupun dia tahu yang kemungkinan besar dia akan di pancung pada waktu itu juga. Tapi bagaimana pula dengan kita semua. Dengan solat yang perlu disuruh lebih 3 kali dan semua kemalasan tahap maksima. Apa nak jadi dengan kita?
Angin pada petang itu membawa segala kekusutan dan keresahan pergi, datang sesekali menziarahi aku yang masih berfikir di bawah pokok itu. Dedaunan hijau yang berguguran menandakan musim luruh kian menjelma menggantikan musim bunga yang berwarna – warni dengan kenangan ukhuwwah yang terindah bersama teman seperjuangan ku yang lain. Cahaya mentari yang kian malap di gigi – gigi langit. Orang ramai berjalan menuju ke destinasi masing – masing . aku melambaikan tangan kepada teman ku yang kian hampir. Lalu aku bangun lalu berjalan bersama temanku menyusuri jalan – jalan yang sesak di kota yang terkenal dengan EPL. Aku akan tetap berjuang dia mana aku berada. Semuanya demi mardhotillah dan daulah islamiyah yang pasti bangkit pada suatu hari nanti.

hhmmm....


bulan ini memang menyibukkan.dengan edinya, dgn taadibnya dgn ihtifal yang akan datangnya.fuh, memang penat.papepun semuanya menjadi tenang lepas buat gambar ni

nusantara.....tanah melayu.....khalifah


Ayuh kita berfikir selalu.Apa kaitannya 3 perkataan di atas.
Ayuh kita mencari semula sejarah yang telah dihilangkan oleh penjajah.

Bagi sesiapa yang mengkaji sebenarnya pada zaman dahulu pertalian di antara tanah melayu dengan khalifah amatlah rapat.Hinggakan sultan johor iaitu sultan abu bakar selalu mendapat anugerah daripada khalifah jika beliau ke turki.
Sultan johor juga telah berkahwin dengan perempuan daripada turki untuk mengeratkan lagi hubungan antara turki dan johor.

Bagi aceh pula,mereka selalu berbincang dengan khalifah ketika itu untuk membebaskan diri daripada belanda.Malah turki selalu menolong aceh dengan menghantar meriam, tentera dan sebagainya.Ketika perang dunia pertama,belanda telah memutuskan hubungan diantara aceh dengan turki supaya tidak ada semangat membangkitkan islam di aceh.

Tetapi,selepas semuanya dijajah mereka telah memutar belitkan sejarah yang sebenarnya.Seperti tok janggut,british telah mengatakan bahawa beliau adalah pemberontak padahal beliau hendak membebaskan tanah melayu dan membangkitkan islam.Banyak tokoh dikatakan pemberontak.

Semuanya menjadi lebih parah apabila masyarakat melayu di waktu itu menganggap bahawa sultan sudah memadai bagi mereka.Mereka juga terlalu taat kepada sultan sewaktu itu hingga yang melanggar syariat pun mereka ikut.....Ayuh kita mengambil pengajaran daripada sejarah yang sudah berlalu supaya kita boleh mengulang kembali sejarah islam yang gemilang.


" barang siapa tidak mempelajari sejarah,
maka dia tidak boleh mencipta sejarah "

imtihan..

hhmmmm...
akhirnya,habis juga uijan first ni.Walaupun baru habis sukan, tapi rasa - rasanya itu bukanlah alasan.
bila difikirkan usaha, mungkin result teruk kot. tapi takpe.
yang penting dah usaha.last sekali, TAWAKAL.

hhhhmmmm...
ni baru kat dunia.Jarang orang dapat markah seratus.
Camne nanti kat akhirat...
berfikirlah sejenak..

peace to all

peace to all

.: advice 4 all :.

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
............